Maklumat Buku

Animasi: Dari Helaian Kertas ke Skrin Digital
Harga : RM 39.90
Mukasurat : 420
ISBN :

Penulis : Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir

 

 

 


 Keterangan Ringkas Buku

  Animasi: Dari Helaian Kertas ke Skrin Digital

Animasi: Dari Helaian Kertas ke Skrin Digital merupakan buku yang membincangkan secara terperinci setiap elemen utama yang berkaitan dengan teknologi dan proses menerbitkan animasi, sama ada animasi tradisional mahupun animasi digital. Buku ini mengandungi 20 bab yang antara lain memfokuskan perbincangan kepada:

•  Konsep asas animasi tradisional dan juga digital.
•  Aplikasi animasi dalam pelbagai bidang.
•  Teknik menghasilkan animasi secara tradisional dan juga digital.
•  Istilah-istilah utama berkaitan dengan penerbitan animasi.
•  Fasa kerja dan proses yang terlibat dalam penerbitan animasi.
•  Panduan menyediakan skrip dan papan cerita animasi.
•  Prinsip-prinsip asas animasi berkualiti.
•  Elemen grafik dan audio dalam penerbitan animasi.
•  Animasi 3D dan animasi kesan khas.
•  Teknologi animasi menerusi web
•  Teknologi pemampatan fail dan format fail animasi digital.
•  Perisian-perisian dalam penerbitan animasi digital.
•  Perkakasan dan peralatan yang diperlukan dalam penerbitan animasi.

Buku ini sesuai dijadikan rujukan bagi sesiapa sahaja yang berminat untuk mendalami teknologi animasi dan juga penerbitan animasi tidak kira peringkat usia ataupun latar belakang pendidikan.




  Isi Kandungan Buku


BAB 1 Pengenalan kepada Animasi

Animasi Sepintas Lalu
Bagaimana Kesan Animasi Terbentuk?
Sejarah Awal Penerbitan Animasi
Konsep Asas Animasi

BAB 2 Aplikasi Animasi dalam Pelbagai Bidang

Animasi dalam Bidang Pendidikan
Animasi dalam Bidang Kejuruteraan
Animasi dalam Bidang Penyiaran
Animasi dalam Bidang Latihan
Animasi dalam Bidang Perubatan
Animasi dalam Bidang Sains
Animasi dalam Bidang Perundangan
Animasi dalam Bidang Senibina
Animasi dalam Bidang Arkeologi

BAB 3 Teknik Menghasilkan Animasi Secara Tradisional

Animasi Berasaskan Lukisan
Animasi Potongan
Animasi Model atau Animasi Main-Berhenti
Lain-lain Teknik
Rotoscoping
Pixilation
Animasi Terhad
Scanimate

BAB 4 Teknik Menghasilkan Animasi Secara Digital

Animasi Digital Sepintas Lalu
Animasi Berasaskan Sel atau Kerangka
Animasi Laluan
Animasi Objek
Animasi Skrin atau Transisi Objek
Animasi Ikon dan Aksara
Animasi Papar dan Sembunyi


BAB 5 Istilah-istilah Utama dalam Penerbitan Animasi

Kerangka Rujukan atau Keyframe
Tweening
Onion Skinning
Frame by frame
Kadar Kerangka atau Frame Rate
Aspect Ratio

BAB 6 Proses Penerbitan Animasi Sepintas Lalu

Fasa Pra-Penerbitan
Cetusan Idea
Membentuk Jalan Cerita
Menghasilkan Lukisan Konsep
Mereka dan Membangunkan Watak atau Karakter
Mengembangkan Watak atau Karakter
Menjalankan Penyelidikan
Menghasilkan Skrip atau Lakon layar
Menghasilkan Papan Cerita
Menghasilkan Animatik
Fasa Penerbitan
Melukis Watak dan Objek Utama
Melukis Imej Latarbelakang
Melukis Babak Utama
Menghasilkan Imej Antaraan
Melakukan Pengujian Pensel
Memindahkan Media ke dalam Bentuk Digital
Menekap dan Mengemaskan Lakaran
Mewarna
Menetapkan Dialog dan Kesan Bunyi
Menggabungkan Latarbelakang dengan Imej atau Watak Animasi
Menggabungkan Teknologi Animasi 2D dan 3D
Fasa Pos-Penerbitan
Membersih atau Mengemas Lakaran
Proses Penyuntingan serta Menambah Kesan Khas
Semakan atau Pengujian Akhir
Menyebar dan Mempersembahkan Animasi

BAB 7 Proses Penerbitan Animasi: Skrip atau Lakon Layar

Langkah Awal dalam Menghasilkan Skrip atau Lakon layar
Format Penulisan Skrip Animasi
Beberapa Panduan Tambahan dalam Menyediakan Skrip Animasi
Teknik Penggambaran dan Peralihan Babak dalam Skrip Animasi
Perisian bagi Menyediakan Skrip Animasi

BAB 8 Proses Penerbitan Animasi: Papan Cerita

Penggunaan Papan Cerita dalam Pelbagai Bidang
Mengapa Perlunya Papan Cerita dalam Penerbitan Animasi?
Bagaimana Menyediakan Papan Cerita?
Proses Menyediakan Papan Cerita
Format atau Stail Papan Cerita dalam Penerbitan Animasi
Prinsip Asas yang Digunakan dalam Proses
Menyediakan Papan Cerita
Pelbagai Panduan dalam Menyediakan Papan Cerita
Panduan Menyediakan Papan Cerita yang Ringkas
Panduan Menggambarkan Pergerakan di dalam Papan Cerita
Contoh-contoh Teknik Penggambaran Kamera
yang Boleh digunakan dalam Papan Cerita
Contoh-contoh kesan Transisi yang Boleh digunakan dalam Papan Cerita
Panduan Menetapkan Jenis atau Teknik Penggambaran yang Ingin Digunakan
Perisian bagi Menyediakan Papan Cerita

BAB 9 Prinsip-prinsip Asas Animasi Berkualiti

Prinsip-prinsip Asas Animasi
Prinsip-prinsip Animasi oleh Disney
Prinsip 1: Pengecutan dan Peregangan
Prinsip 2: Penetapan Masa
Prinsip 3: Antisipasi
Prinsip 4: Penampilan
Prinsip 5: Aksi Berterusan dan Aksi Pos Demi Pos
Prinsip 6: Aksi Berkesinambungan dan Bertindihan
Prinsip 7: Aksi Sekunder
Prinsip 8: Gerak Perlahan Awal dan Akhir
Prinsip 9: Lengkungan atau Arc
Prinsip 10: Dramatasi Gerakan
Prinsip 11: Penampilan Diri atau Personaliti

BAB 10 Elemen Grafik dalam Penerbitan Animasi

Kategori Grafik Digital
Imej Vektor
Imej Bitmap
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kualiti Grafik Digital
Resolusi Imej
Kedalaman Warna
Format Fail Grafik Digital

BAB 11 Elemen Audio dalam Penerbitan Animasi

Kepentingan Audio dalam Penerbitan Animasi
Audio Analog dan Audio Digital
Kelebihan Audio Digital Berbanding Audio Analog
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kualiti Audio Digital
Kadar Sampel
Saiz Sampel
Saluran atau Trek
Kesan Nyquist
Saiz Fail Audio Digital
Pemampatan Audio
Mengurangkan Saiz Fail Audio Digital
Jenis Pemampatan Audio
Format Pemampatan Audio
Format Fail Audio Digital
Perisian-perisian Audio

BAB 12 Pengenalan kepada Animasi Tiga Dimensi (3D)

Konsep Asas Animasi 3D
Proses Menghasilkan Animasi 3D: Sepintas Lalu
Aplikasi Animasi 3D dalam Kehidupan dan Kelebihannya

BAB 13 Proses Menghasilkan Animasi 3D: Pembinaan Model dan Pemetaan Objek

Proses Pembinaan Model
Konsep Asas Pembinaan Model
Teknik-teknik Asas dalam Pembinaan Model
Teknik-teknik Lanjutan dalam Pembinaan Model
Proses Pemetaan
Ciri-ciri Permukaan Objek
Kaedah Pemetaan Tekstur

BAB 14 Proses Menghasilkan Animasi 3D: Pencahayaan, Penetapan Animasi, Perenderan dan Fasa Pos-Penerbitan

Proses Pencahayaan
Konsep Asas Pencahayaan dalam Penerbitan
Animasi 3D
Jenis-jenis Sumber Pencahayaan
Proses Menetapkan Kesan Animasi
Proses Perenderan
Teknik-teknik dalam Proses Perenderan
Proses kerja dalam Fasa Pos Penerbitan

BAB 15 Kesan Khas Animasi : Teknik dan Teknologi

Teknologi Kesan Khas Era Tradisional
Teknologi Kesan Khas Era Digital
Teknologi Skrin Biru (Blue Screen)
Penggunaan Teknologi Skrin Biru
Pemilihan Warna Biru Sebagai Latarbelakang
Teknologi Penangkapan Gerakan (Motion Capture)
Kelebihan dan Kelemahan Sistem Mocap
Jenis-jenis Sistem Mocap
Pemorfan atau Morphing
Pewarpan atau Warping
Realiti Maya

BAB 16 Animasi Menerusi Web

Teknologi Animasi Menerusi Web Sepintas Lalu
Animasi GIF
Flash Movie
Shockwave
Dynamic HTML (DHTML)
Java Applet
JavaScript
Teknologi Pemindahan Data Menerusi Web

BAB 17 Perisian Animasi Digital

Perisian Animasi 2D
Perisian Animasi 3D
Perisian Animasi Tugas Khas
Perisian Animasi Menerusi Web
Perisian Kesan Khas Animasi
Perisian Pengkompositan

BAB 18 Teknologi Pemampatan dan Format Fail Animasi Digital

Pemampatan Fail Multimedia
Konsep Asas Pemampatan
Teknologi Pemampatan
Jenis-jenis Pemampatan
Piawaian Pemampatan
Format Fail Animasi Digital

BAB 19 Perkakasan-perkakasan dalam Penerbitan Animasi Digital

Perkakasan Komputer Sepintas Lalu
Jenis-Jenis Sistem Komputer
Asas Operasi Sebuah Sistem Komputer
Masukan
Pemprosesan
Keluaran
Storan
Peranti Input atau Masukan
Tablet Pendigital
Pengimbas Grafik
Kamera Digital
Kamera Video Digital
Peranti Pemprosesan
Unit Pemproses Pusat (CPU)
Ingatan Utama
Peranti Storan
Cakera Keras
Storan Boleh ubah
Cakera Padat
Pemacu Cakera Padat
Perakam Cakera Padat (CD-Recorder)
Peranti Output atau Keluaran
Skrin Paparan
Perkakasan Audio

BAB 20 Peralatan-peralatan Asas dalam Penerbitan Animasi

Peralatan Asas dalam Penerbitan Animasi
Meja Animasi
Cakera Animasi
Kotak Cahaya
Peg Bar
Penebuk Lubang Kertas
Peralatan dalam Merancang Penerbitan Animasi
Templat Papan Cerita
Lembaran Dedahan (Exposure Sheet)
Panduan Medan (Field Guide).

 


Kembali ke atas


Hakcipta ©2004 Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (UTM)