| Macromedia
Authorware 6 : Projek Interaktif Aras Tinggi (Siri 3)
- Dengan CD-ROM
Buku Macromedia Authorware 6 : Projek
Interaktif Aras Tinggi (Siri 3) ini membincangkan
penggunaan fungsi dan pembolehubah di dalam Macromedia
Authorware dengan memfokuskan kepada penghasilan aplikasi
atau projek interaktif dalam situasi sebenar. Buku ini
juga cuba untuk membentuk kemahiran serta penguasaan
yang lebih mendalam terhadap penggunaan fungsi dan pembolehubah
khususnya di dalam penghasilan pelbagai projek yang
melibatkan interaktiviti pada aras yang lebih tinggi
secara lebih realistik.
Antara projek yang akan dihasilkan
menerusi latihan kerja di dalam buku ini ialah aplikasi
kata laluan, carian serta semakan maklumat, alatan melukis,
sistem navigasi dinamik dan fleksibel, pendidikan matematik,
pembelajaran elektronik, bar kawalan markah, kuasa kawalan
audio, rakaman suara, permainan teka silang kata, screen
saver, kamus elektronik, buku catatan elektronik, borang
soal selidik elektronik, komunikasi menerusi e-mel,
kawalan Flash dan banyak lagi.
Buku ini juga memberi tumpuan kepada
jalinan di antara Authorware dengan sokongan aplikasi
luaran seperti penggunaan UCD, dynamic link library,
ActiveX, ODBC, sistem pangkalan data, dan sebagainya.
Semuanya ini diharapkan mampu meningkatkan lagi keupayaan
sesebuah projek yang dibangunkan ke tahap atau kualiti
yang jauh lebih tinggi.
Isi
Kandungan Buku
Bab 1
Projek Interaktif Aras Tinggi : Sepintas Lalu
Bab 2
Membina Aplikasi Sistem Pendaftaran Pengguna
Bab 3
Membina Alatan Melukis yang Ringkas
Bab 4
Membina Alatan Melukis yang Kompleks
Bab 5
Membina Beberapa Aplikasi Ringkas yang Menarik
Bab 6
Membina Bar Kawalan Markah
Bab 7
Membina Screen Saver
Bab 8
Membina Kamus atau Glossari
Bab 9
Membina Aplikasi Mencatat Nota Secara Elektronik
Bab 10
Membina Aplikasi Menghantar dan Menyimpan E-mel
Bab 11
Membina Borang Soal Selidik Secara Elektronik
Bab 12
Mengawal Perjalanan Audio dan Membina Aplikasi
Merakam Suara dengan Sokongan UCD
Bab 13
Mengawal Perjalanan Fail Macromedia Flash
Bab 14
Membina Permainan Teka Silang Kata
Bab 15
Menggunakan Kemudahan ActiveX dalam Pembangunan Aplikasi
Bab 16
Membangunkan Aplikasi dengan Kemudahan Sistem Pangkalan
Data
|