Maklumat Buku

Macromedia Flash 5 : Konsep dan Asas Penggunaan (Siri 1)
Harga : RM 29.90
Mukasurat : 343
ISBN : 983-2031-35-4

Penulis : Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir

 

 

 


 Keterangan Ringkas Buku

  Macromedia Flash 5 : Konsep dan Asas Penggunaan (Siri 1)

Macromedia Flash merupakan perisian multimedia yang digunakan khususnya bagi membina grafik, animasi dan seterusnya sebuah halaman web yang lengkap sepenuhnya. Ianya kini telah diterima sebagai peneraju utama dalam bidang pembangunan halaman web dan aplikasi multimedia yang lebih menarik, dinamik serta interaktif.

Buku Macromedia Flash 5 : Konsep dan Asas Penggunaan (Siri 1) ini ditulis khasnya bagi anda yang berminat dalam pembangunan halaman web berasaskan multimedia interaktif menggunakan Macromedia Flash. Ianya menerangkan dengan jelas setiap konsep utama dan asas penggunaan yang perlu difahami dan seterusnya dikuasai oleh seseorang sebelum boleh menggunakan perisian Macromedia Flash dengan lebih berkesan. Ini seterusnya membolehkan sebuah halaman web yang mempunyai ciri-ciri dinamik serta interaktiviti pada aras yang lebih tinggi dapat dihasilkan. Dengan penerangan konsep dan teori yang jelas serta disusuli dengan arahan kerja yang dibimbing langkah demi langkah adalah diyakini bahawa perisian Macromedia Flash dapat dikuasai dalam tempoh masa yang singkat.



  Isi Kandungan Buku

BAB 1
Macromedia Flash dan Pembangunan Aplikasi Multimedia Interaktif

BAB 2
Persekitaran Kerja & Antaramuka Macromedia Flash

BAB 3
Penggunaan Timeline & Layer

BAB 4
Bekerja dengan Teks

BAB 5
Asas Penghasilan Grafik

BAB 6
Penggunaan Symbol, Instance & Library

BAB 7
Asas Pembinaan Animasi

BAB 8
Penggunaan Audio dalam Persembahan

BAB 9
Asas Interaktiviti : Penyediaan Sistem Navigasi

BAB 10
Interaktiviti : Menggunakan ActionScript

BAB 11
Penyebaran Aplikasi Flash


Kembali ke atas


Hakcipta ©2004 Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (UTM)