| Macromedia
Flash 5 : Interaktiviti Menggunakan ActionScript (Siri
3)
Buku Macromedia Flash 5 : Interaktiviti
Menggunakan ActionScript (Siri 3) ini ditulis khasnya
bagi pembaca yang telah mempunyai pengetahuan serta
pengalaman menggunakan perisian Macromedia Flash. Fokus
utama buku ini ialah bagi membentuk kefahaman pembaca
terhadap bahasa pengaturcaraan dalaman yang disediakan
oleh Macromedia Flash iaitu ActionScript. Ia juga akan
menerangkan dengan jelas setiap konsep utama yang perlu
difahami dan seterusnya dikuasai oleh seseorang di dalam
membangunkan sebuah halaman web atau aplikasi multimedia
yang lebih menarik, dinamik dan interaktif.
Penerangan yang jelas disampaikan bagi
setiap konsep yang perlu difahami serta dibantu dengan
ilustrasi dan paparan imej yang berkaitan. Setiap latihan
kerja pula dibimbing secara visual menerusi pendekatan
langkah demi langkah bagi mengukuhkan lagi kefahaman
seseorang pembaca. Penekanan juga diberikan dari masa
ke semasa terhadap aspek-aspek utama berkaitan dengan
konsep pengaturcaraan. Ini bagi memastikan pembaca benar-benar
faham bukan sahaja dari aspek praktikal tetapi juga
dari aspek teori dan konsep utama disebaliknya.

Isi
Kandungan Buku
Bab 01
Pengenalan kepada ActionScript
Bab 02
Asas Interaktiviti Menggunakan ActionScript
Bab 03
Interaktiviti Lanjutan Menggunakan ActionScript
Bab 04
Pembolehubah dan Operator
Bab 05
Properties
Bab 06
Teks Input dan Teks Dinamik
Bab 07
Teks Interaktif
Bab 08
Struktur Pilihan
Bab 09
Struktur Gelungan
Bab 10
Pelbagai Projek Menggunakan ActionScript
Bab 11
Flash Dinamik : CGI, ASP dan Pangkalan Data
Kembali ke atas
|