jz-MEDIA : Sumber Pendidikan ICT & Multimedia Anda
jz-MEDIA : Sumber Pendidikan ICT & Multimedia Anda
Halaman Utama | Profail | Chat | Daftar | Topik Aktif | Senarai Ahli | Carian | Pautan Lain | Soalan Lazim
Nama :
Kata Laluan :
Simpan Kata Laluan
  Forum Utama
 Peraturan dan Polisi
Peraturan dan Polisi untuk jz-MEDIA : Sumber Pendidikan ICT & Multimedia Anda

Jika anda bersetuju dengan syarat-syarat yang dinyatakan bawah, tekan butang " Setuju". Sekiranya tidak, tekan butang "Batal".

Untuk menggunakan forum ini, pengguna dikehendaki membekalkan suatu nama pengguna, kata laluan dan alamat e-mel. Pihak pengurusan forum ini tidak bertanggung jawab di atas setiap hak peribadi pengguna di dalamnya. Ingatlah bahawa semua maklumat yang dipaparkan di dalam forum ini menjadi maklumat awam dan anda seharusnya bersedia dengan faktor tersebut ketika membuat keputusan untuk berkongsi sebarang maklumat peribadi anda. Sebarang pengguna yang mendapat bahan yang tidak begitu menyenangkan yang dikirimkan oleh pengguna lain digalakkan menghubungi pihak pengurusan forum melalui e-mel.

Forum ini boleh mengandungi hubungan ke lelaman lain dan juga fail. Pihak pengurusan forum tiada kawalan atas kandungan setiap hubungan atau isi kandungan fail yang disediakan. Walau bagaimanapun, pihak pengurusan forum akan membatalkan hubungan atau pautan kepada bahan yang dirasakan tidak bersesuaian sebaik sahaja mendapat tahu atau mendapat maklumat mengenainya. Pengurus forum ini juga mempunyai kuasa untuk memindah atau mengubahsuai sebarang data yang dihantarkan kepada forum ini oleh anda sekira ianya dirasakan melanggar polisi atau dasar sama ada yang dinyatakan secara tersurat mahupun yang tersirat.

Forum ini memberi dua pilihan kepada pengguna untuk meminda atau mengubahsuai maklumat yang mereka bekalkan di dalam profil mereka:

  1. Pengguna boleh log masuk dengan nama ahli dan kata laluan mereka untuk mengubah sebarang maklumat di dalam profail mereka.
  2. Jika pengguna menghadapi masalah dengan kata laluan (hilang atau terlupa), mereka boleh menghantar e-mel kepada jzmedia@yahoo.com untuk tindakan sewajarnya.

Cookies mesti diaktif atau dibenarkan di dalam perisian pengimbas internet anda untuk memastikan kelancaran penggunaan forum ini. Cookies digunakan untuk memegang nama ahli dan kata laluan anda dan juga bagi melihat opsyen, membenarkan anda log masuk dan sebagainya.

Dengan menekan butang "Setuju", anda bertanggung jawab sepenuhnya di atas sebarang maklumat atau fail yang dibekalkan ke forum ini. Anda juga bersetuju bahawa anda tidak akan mengirimkan sebarang bahan berhakcipta yang bukannya milik anda ataupun pihak pengurusan forum ini. Di dalam menggunakan forum ini, anda juga bersetuju bahawa anda tidak akan mengirimkan sebarang maklumat yang berunsur biadab, mengacau, benci, mengancam, mengganggu hak persendirian pengguna yang lain, mesej berbau seks, politik melampau atau pun mencabuli sebarang undang-undang.

Jika anda bersetuju dengan polisi yang ditetapkan dan menepati kriteria yang dinyatakan, tekan butang " Setuju" dibawah, dan sekiranya tidak, tekan butang "Batal".



Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai polisi ini, sila berhubung dengan pengurus forum ini di:: jzmedia@yahoo.com

jz-MEDIA : Sumber Pendidikan ICT & Multimedia Anda

© 2002 - 2004 Jamal Harun & Zaida Tasir

Ke bahagian atas halaman

Powered by : Snitz Forums 2000