Buku Menguasai Dunia Grafik
Berkomputer : Adobe Photoshop 6 (Siri 2) dihasilkan
untuk para pengguna yang ingin meneroka dunia multimedia
amnya dan dunia grafik digital berkomputer khususnya
secara lebih mendalam dan menyeluruh. Buku ini akan
membawa pengguna mengembara dan menghalusi daya imiginasi
dan kreativiti masing. Kaedah penyaluran maklumat yang
digunakan di dalam buku ini adalah lebih kepada kaedah
pendekatan berasaskan projek. Para pengguna akan dibimbing
langkah demi langkah bagi menghasilkan projek-projek
grafik dengan menggunakan perisian Adobe Photoshop 6.
Penekanan juga akan diberikan
dari masa ke semasa terhadap aspek-aspek utama berkaitan
dengan grafik berkomputer dan teknologi multimedia disamping
ciri-ciri serta kelebihan yang disediakan oleh perisian
grafik tersebut. Ini bagi memastikan para pengguna mampu
mengubahsuai konsep-konsep yang dipelajari agar boleh
diaplikasikan kepada mana-mana projek penghasilan grafik
yang lain khususnya bagi tujuan transformasi imej, rekabentuk
antaramuka dan sistem navigasi, pembangunan perisian,
halaman web dan sebagainya.

Isi
Kandungan Buku
Modul 1
Pengenalan kepada Adobe Photoshop 6.0
Tutorial 1: Pengenalan kepada Antaramuka
PhotoshopCara Mengaktifkan Ikon di Toolbox dan
Hubungannya dengan Bar Pilihan
Mengaktifkan Ikon-ikon yang Tersembunyi
Fungsi Setiap Ikon
Fungsi-fungsi Tetingkap Palet
Modul 2
Menghasilkan Teks Pelbagai Bentuk
Tutorial 1: Menghasilkan Teks yang Selaras dengan
Maksudnya
Tutorial 2: Menghasilkan Teks yang Bercorak
Tutorial 3: Menggabungkan Teks dengan Objek
Tutorial 4: Menghasilkan Teks Berbentuk Tiga Dimensi
Modul 3
Asas Penggabungan Imej
Tutorial 1: Membuka Fail-fail Imej yang Berkaitan
Tutorial 2: Mengaktifkan Sesuatu Imej
Tutorial 3: Mengaktifkan dan Menukar Orientasi Imej
Modul 4
Pengubahsuaian Warna Sesuatu Imej
Tutorial 1: Mengambil Sampel Warna dari Bahagian
Tertentu pada Sesuatu Imej.
Tutorial 2: Mewarnakan Kawasan Latar Belakang Imej
Modul 5
Penggabungan dan Pengubahsuaian Imej Berasaskan Proses
Tampalan
Tutorial 1: Memadamkan Elemen yang tidak diperlukan
Tutorial 2: Menampal Imej Menerusi Kaedah Pengklonan
Tutorial 3: Meletakkan Corak-corak Tambahan
Modul 6
Membentuk Imej Berunsur Imaginasi
Tutorial 1: Memadamkan Bahagian Tertentu pada
Imej.
Tutorial 2: Mengubahsuai Rupabentuk dan Kecerahan
Warna Sesuatu Imej
Tutorial 3: Mewarnakan Latar Belakang Imej
Tutorial 4: Menambahkan Teks pada Imej
Tutorial 5: Melukis Garisan pada Imej
Modul 7
Penghasilan Imej Berasaskan Manipulasi Layer
Tutorial 1: Memulakan Projek
Tutorial 2: Menyalin Sesuatu Imej dari Fail yang Lain
ke dalam Fail yang Baru
Tutorial 3: Memindahkan Imej yang Kedua ke dalam Fail
yang Baru
Tutorial 4: Mengubahsuai Orientasi Imej
Tutorial 5: Mewarnakan Imej dengan Warna Tonar atau
Lorekan
Tutorial 6: Menukar Susunatur Imej
Tutorial 7: Menukar Opacity dan Mode bagi Imej pada
Sesuatu layer
Tutorial 8: Menambahkan Teks dan Kesan Khas ke atas
Layer
Tutorial 9: Menggabungkan Imej (Flattened Image)
Modul 8
Penghasilan Imej Berasaskan Proses Transformasi
Tutorial 1: Memulakan Operasi
Tutorial 2: Membentuk Corak dengan Menggunakan Arahan
Define Pattern.
Tutorial 3: Menggunakan Kemudahan Transformasi bagi
Mengubahsuai Sesuatu Imej
Tutorial 4: Mewarnakan Objek Pelbagai Perspektif.
Tutorial 5: Menggabungkan Pelbagai Imej ke dalam Satu
Fail
Tutorial 6: Mengubahsuai Perspektif Pandangan Sesuatu
Imej
Modul 9
Penghasilan Imej Menerusi Pensetaraan Saiz dan Pencahayaan
Tutorial 1: Menghasilkan Imej Baru yang Realistik
Modul 10
Pembinaan Antaramuka Perisian Multimedia dan Halaman
Web
Tutorial 1: Menghasilkan Antaramuka Sistem Navigasi
Tutorial 2: Menghasilkan Antaramuka Halaman Web dengan
Menggunakan Penuras Luaran
Modul 11
Penghasilan Ikon
Tutorial 1: Pensetaraan Imej-imej dari Segi Saiz
dan Warna
Tutorial 2: Menghasilkan Ikon
Modul 12
Penghasilan Album Bergambar Menerusi Web
Tutorial 1: Mengumpulkan Fail Imej yang Ingin
Digunakan
Tutorial 2: Menghasilkan Album Bergambar
Kembali ke atas