| Ulasan
buku di sana sini.....
Majalah PC (Ogos 2001)
Judul : Macromedia Flash 5 : Konsep & Asas
Penggunaan (Siri 1)
Penulis : Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir
Penerbit : Venton Publishing (M) Sdn. Bhd
Buku yang mudah
dan menarik

Buku Macromedia Flash 5 : Konsep
& Asas Penggunaan yang diterbitkan oleh Venton
Publishing merupakan salah sebuah buku yang dihasilkan
oleh Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir. Buku ini cuba
memperkenalkan Flash sebagai salah sebuah perisian untuk
menghasilkan kandungan Internet yang dinamik dan interaktif.
Dalam buku Macromedia Flash 5 : Konsep & Asas Penggunaan
ini pembaca akan dapat mempelajari konsep-konsep penggunaan
Flash dengan mempelajari antaramuka dan istilah-istilah
asas dalam penghasilan animasi.
Corak persembahan yang teliti dan terperinci
membolehkan pembaca mengetahui Flash secara mendalam
di samping konsep yang digunakan dalam Flash bagi penghasilan
sebuah animasi. Istilah-istilah seperti Timeline, Layer,
Symbol, Instance, Library dan ActionScript dipersembahkan
dengan baik dan ia mahu membuatkan pembaca atau bakal
pengguna Flash benar-benar faham akan Flash. Persembahan
buku ini yang terperinci juga akan membuatkan para pembaca
yang mahu menghasilkan animasi Flash dengan cepat akan
berasa kecewa. Namun begitu corak persembahan buku ini
menepati kehendak dan corak yang sepatutnya dipelajari
oleh para pembaca. Pada penghujung buku ini, para pembaca
pasti akan dapat menghasilkan animasi Flash yang baik.
Keratan akhbar/majalah
sebenar (256 kb).
|