| Ulasan
buku di sana sini.....
Sumber : Utusan Malaysia (09 Febuari 2002).
Ruangan SEHARI SEBUAH BUKU.
Pengulas : Haikal Faiz

Judul : Pengenalan kepada Multimedia
Penulis : Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir
Penerbit : Venton Publishing (M) Sdn. Bhd.

Teks Ulasan
:
Multimedia tingkatkan kesan maklumat
Multimedia merujuk kepada suatu proses
komunikasi interaktif berasaskan komputer yang merangkumi
penggunaan teknologi media seperti teks, grafik, audio,
video dan animasi. Ia seterusnya membolehkan seseorang
menghasilkan suatu persembahan atau teknik penyaluran
maklumat lebih menarik, meyakinkan serta berkesan
dari pelbagai sudut pandangan.
Penulisnya ialah pensyarah yang bertugas di Jabatan
Multimedia Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia (UTM).
Ciri kedua yang sewajarnya dimiliki oleh sesebuah
sistem multimedia berkualiti ialah ia perlu interaktif
serta menyediakan suatu sistem capaian informasi yang
mampu dicapai secara tidak linear.
Tidak linear dimaksudkan kemampuan sesebuah aplikasi
dalam membenarkan pengguna mencapai sesuatu maklumat
tanpa perlu mengikut laluan yang telah ditetapkan
seperti lembaran buku.
Ciri ini juga sering dikenali sebagai sistem hipermedia
yang mana ia menghubungkan pelbagai media dalam suatu
sistem penyaluran maklumat yang lebih berkesan. Hipermedia
membolehkan seseorang pengguna mencapai maklumat mengikut
minat, keupayaan atau kehendak hati mereka sendiri.
Kebolehan hipermedia ini menggalakkan seseorang pengguna
untuk terus mendalami isi kandungan seberapa lama
atau kerap yang mereka perlukan tanpa terikat dengan
sistem pencarian maklumat secara tradisi.
Keratan
akhbar/majalah sebenar (xxx kb)

|