ULASAN BUKU

Ulasan Buku

Ulasan buku di Majalah

Majalah PC (Ogos 2001)

Ulasan buku di Utusan Malaysia

09 Febuari 2002
13 Febuari 2002
16 Febuari 2002
09 March 2002
20 March 2002

Ulasan buku dari pembaca

Menerusi e-mel atau laman web

Tekan butang di bawah untuk menambah ulasan atau pendapat anda sendiri di ruangan yang disediakan

Ulasan buku di laman web lain

Putera.com
Webmaster.com
Sifoo.com

 

 TERIMA KASIH SEMUA....

Ulasan buku di sana sini.....

Sumber : Utusan Malaysia (13 Febuari 2002).
Ruangan SEHARI SEBUAH BUKU.
Pengulas : Haikal Faiz



Judul : Pembangunan Perisian Multimedia - Satu Pendekatan Sistematik
Penulis : Jamalludin Harun, Baharuddin Aris dan Zaidatun Tasir
Penerbit : Venton Publishing (M) Sdn. Bhd
.



Teks Ulasan :

Tanpa perisian, multimedia tidak bermakna

Buku ini memberi penekanan tentang fasa-fasa serta proses kerja yang terbabit, model-model reka bentuk, pengurusan projek, pengurusan perbelanjaan, pembentukan kumpulan kerja, penghasilan dan pengumpulan media, proses pengaturcaraan dan pengarangan, pembinaan prototaip, proses pengujian dan penilaian, kaedah penyimpanan dan penyebaran media, isu hak cipta dan banyak lagi.

Proses pembinaan sebuah perisian atau aplikasi multimedia bukanlah merupakan satu proses yang mudah dan boleh dihasilkan dalam satu jangka masa yang pendek. Ia memerlukan perancangan yang terperinci dan sistematik agar perisian yang dihasilkan bermutu tinggi dan berkualiti sepertimana yang diharapkan.

Persoalan yang sering ditimbulkan oleh individu yang ingin membina perisian multimedia ialah berapa lamakah masa dan kos yang diperlukan untuk menghasilkan sebuah aplikasi yang lengkap.
Tetapi sebenarnya proses pembinaan perisian bolehlah diibaratkan seperti proses membina rumah. Sekiranya seseorang itu ingin membina sebuah rumah yang besar dan cantik maka sudah tentulah masa yang diperlukan adalah lebih lama dan juga memerlukan kos yang tinggi. Sebaliknya, jika seseorang itu hanya ingin membina sebuah rumah yang kecil dan sederhana maka tidaklah perlu mengeluarkan wang yang banyak serta masa pembinaannya sudah tentulah lebih singkat. Begitu juga halnya dengan proses pembinaan perisian multimedia.

Keratan akhbar/majalah sebenar (xxx kb)

 

 

 


Hakcipta ©2004 Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (UTM)