ULASAN BUKU

Ulasan Buku

Ulasan buku di Majalah

Majalah PC (Ogos 2001)

Ulasan buku di Utusan Malaysia

09 Febuari 2002
13 Febuari 2002
16 Febuari 2002
09 March 2002
20 March 2002

Ulasan buku dari pembaca

Menerusi e-mel atau laman web

Tekan butang di bawah untuk menambah ulasan atau pendapat anda sendiri di ruangan yang disediakan

Ulasan buku di laman web lain

Putera.com
Webmaster.com
Sifoo.com

 

 TERIMA KASIH SEMUA....

Ulasan buku di sana sini.....

Sumber : Utusan Malaysia (16 Febuari 2002).
Ruangan SEHARI SEBUAH BUKU.

Pengulas : Azizan Azizi



Judul : Sistem Komputer dan Aplikasinya
Penulis : Baharuddin Aris, Mohamad Bilal Ali, Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir
Penerbit : Venton Publishing (M) Sdn. Bhd.

Teks Ulasan :

Memahami Komputer Memerlukan Kemahiran Praktikal.

Untuk menguasai bidang teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT), seseorang itu seharusnya terlebih dahulu mengenali serta memahami elemen-elemen utama yang membentuknya. Tanpa elemen atau komponen utama dalam satu sistem ICT mungkin tidak boleh berkembang serta membangun seperti mana yang kita kecapi sekarang.

Buku ini mengandungi 10 bab. Pertama, mengenai konsep asas komputer. Kedua, mengenai sejarah, generasi dan jenis-jenis sistem komputer. Ketiga, perkakasan komputer dari segi peranti masukan (input). Keempat, perkakasan komputer dari segi peranti pemprosesan. Kelima, perkakasan komputer dari segi peranti keluaran (output). Keenam, perkakasan komputer dari segi peranti storan. Ketujuh, perisian-perisian komputer, Kelapan, telekomunikasi dan rangkaian komputer. Kesembilan, pengenalan kepada internet. Kesepuluh, pengenalan kepada multimedia.

Menurut buku ini, buta komputer pada masa kini adalah sama dengan buta huruf pada tahun 1960-an walaupun anda seorang pemegang ijazah dari institusi pengajian tinggi (IPT).

Komputer merupakan sejenis mesin serbaguna dan fleksibel yang dibina dari sumber teknologi berasaskan elektronik dan kadangkala elektro mekanikal. Komputer boleh diprogramkan bagi membantu manusia menyelesaikan masalah secara spesifik dan teratur.

Buku ini memberikan penerangan asas, dari bertanya apakah dia komputer, sehinggalah kepada konsep literasi komputer dan bagaimana komputer beroperasi.

Keratan akhbar/majalah sebenar (144kb)

 

 


Hakcipta ©2004 Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (UTM)