ULASAN BUKU

Ulasan Buku

Ulasan buku di Majalah

Majalah PC (Ogos 2001)

Ulasan buku di Utusan Malaysia

09 Febuari 2002
13 Febuari 2002
16 Febuari 2002
09 March 2002
20 March 2002

Ulasan buku dari pembaca

Menerusi e-mel atau laman web

Tekan butang di bawah untuk menambah ulasan atau pendapat anda sendiri di ruangan yang disediakan

Ulasan buku di laman web lain

Putera.com
Webmaster.com
Sifoo.com

 

 TERIMA KASIH SEMUA....

Ulasan buku di sana sini.....

Sumber : Utusan Malaysia (09 March 2002).
Ruangan SEHARI SEBUAH BUKU.

Pengulas : Azizan Azizi



Judul : Grafik Digital: Asas Penggunaan Adobe Photoshop 6 (Siri 1)
Penulis : Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir
Penerbit : Venton Publishing (M) Sdn. Bhd.



Teks Ulasan :


Grafik digital tingkatkan pemahaman

Grafik merupakan antara media yang paling utama dan popular digunakan bagi memperlihatkan keterampilan sesebuah paparan visual sama ada secara tradisi mahupun elektronik. Grafik juga memberikan maksud penggunaan visual untuk menerangkan sesuatu konsep yang tidak dapat atau sukar diterangkan melalui penggunaan teks secara sendirian.

Dengan perkembangan teknologi komputer masa kini, kegunaan serta keupayaan sesuatu paparan grafik semakin berkembang pesat dalam pelbagai aspek kehidupan manusia. Penggunaan komputer grafik semakin berkembang hasil permintaan serta sokongan individu atau kumpulan yang memerlukan keupayaan grafik dalam kerja-kerja seharian mereka seperti jurutera, arkitek, pereka bentuk, pembangun perisian, pendidik, pelajar dan sebagainya.Mereka mendapati bahawa gabungan teknologi komputer dan teknologi grafik menjanjikan peningkatan dalam kualiti kerja serta membolehkan mereka lebih kreatif dan produktif. Ini adalah kerana mereka mengetahui bahawa menukar atau meminda sesebuah imej pada sesebuah skrin komputer lebih mudah serta efektif berbanding dengan mengubah imej pada sehelai kertas lukisan. Hasil perkembangan ini, pelbagai jenis perisian grafik muncul di pasaran dengan segala macam kelebihan serta kemudahan yang ditawarkan.

Perisian grafik boleh diperoleh secara percuma seperti Microsoft Paint atau Paint Brush iaitu aplikasi sedia ada di dalam sistem pengoperasian Microsoft Windows sehinggalah kepada yang lebih canggih dan kompleks seperti Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, Corel Draw, Macromedia X-Res, Painter 3-D dan sebagainya.

Keratan akhbar/majalah sebenar (144kb)




Hakcipta ©2004 Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (UTM)