ULASAN BUKU

Ulasan Buku

Ulasan buku di Majalah

Majalah PC (Ogos 2001)

Ulasan buku di Utusan Malaysia

09 Febuari 2002
13 Febuari 2002
16 Febuari 2002
09 March 2002
20 March 2002

Ulasan buku dari pembaca

Menerusi e-mel atau laman web

Tekan butang di bawah untuk menambah ulaan atau pendapat anda sendiri di ruangan yang disediakan

Ulasan buku di laman web lain

Putera.com
Webmaster.com
Sifoo.com

 

 TERIMA KASIH SEMUA....

Ulasan buku di sana sini.....

Sumber : Utusan Malaysia (20 March 2002).
Ruangan SEHARI SEBUAH BUKU.
Pengulas : Amirul Shafeq



Judul : Macromedia Flash 5 - Konsep dan Asas Penggunaan (Siri 1)
Penulis : Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir
Penerbit : Venton Publishing (M) Sdn. Bhd.



Teks Ulasan :

Kaedah membina laman web sendiri


Halaman web kini semakin interaktif serta hidup dengan pelbagai teknologi baru seperti animasi, audio dan video yang menghiburkan. Kini pengguna Internet boleh berinteraksi dengan laman web secara masa nyata.

Inilah berkat bantuan dan sokongan teknologi multimedia yang berkembang pesat. Era teks dan grafik kaku yang dibanggakan pada tahun 1980-an dan 1990-an sudah mula ditinggalkan.
Kini ia mula diambil alih oleh laman web yang lebih interaktif, dinamik dan mempunyai nilai estetika yang lebih tinggi.

Macromedia Flash adalah salah satu perisian yang memiliki keupayaan beroperasi meliputi pengarangan multimedia dan halaman web, perisian grafik dan animasi serta perisian pengaturcaraan berasaskan objek.

Perisian Macromedia Flash versi 5.0 ini telah menjadi aplikasi yang paling popular dalam pembangunan laman web. Ia membawa dimensi baru dalam penghasilan laman web yang lebih hidup, ceria dan menarik berbanding halaman web tradisi.

Kepada pengguna yang mula berjinak untuk membina halaman web sendiri dan menggunakan perisian jenis ini, eloklah memiliki buku ini sebagai pemandu arah.
Ia menerangkan setiap konsep utama dan asas penggunaan untuk difahami sebelum seseorang mula membangunkan sebuah halaman web. Lebih memudahkan pemahaman, huraian dibantu dengan gambar grafik laman web.

Dengan adanya buku tentang pembinaan halaman web dalam bahasa Melayu, ia membantu masyarakat Malaysia lebih memahami tentang dunia multimedia. - AMIRUL SYAFIQ


Keratan akhbar/majalah sebenar
(144kb)



 


Hakcipta ©2004 Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (UTM)